Tuesday, December 11, 2012

Miserable

salam,
kalau kita mahukan sesuatu yang sempurna mungkin tidak mampu untuk mengecapinya. ya! kita bukan tuhan untuk menentukan kesempurnaan sesuatu, hanya Dia yang sempurna. ya, kita semestinya mengharapkan yang sempurna.

mis·er·a·ble  (mzr--bl, mzr-)
adj.
1. Very uncomfortable or unhappy; wretched.
2. Causing or accompanied by great discomfort or distress: a miserable climate.
3. Mean or shameful; contemptible: a miserable trick.
4. Wretchedly inadequate: lived in a miserable shack; fed the prisoners miserable rations.
5. Of poor quality; inferior: miserable handicraft.
dari segi bahasa ibunda, Miserable bermaksud sengsara. satu perasaan yang tidak sempurna. ketegangan. ketidaksempurnaan.

setiap manusia pastinya sengsara. mempunyai permasalahan sendiri. punyai ketagihan sendiri. biar mana tenang di luar, tidak semestinya akan sempurna di dalam bukan? begitulah kehidupan. setiap itu punyai setiap ini.


We're all pathetic. Its what makes everything interesting.
kita semua miserable, itu yang buatkan kita unik dan lain dari yang lain. cara kita tangani, cara kita selesaikan semua puzzles, riddles dalam diri kita sendiri. tampaknya orang itu kotor, tidak terurus, tidak semestinya peranan mereka patut dibiarkan, seharusnya diperberatkan mereka, supaya mereka merasa kasih sayang, sentiasa ada yang mendengar.

beautiful things never last. that's why fireflies flash.
sungguhpun semuanya miserable, pastinya ada yang bersih, yakni perkara indah akan datang. jangan cuba lupakan ini. biar mana kita mencari jawapan, pastikan ianya dihalusi dengan perkara indah.

Monday, October 29, 2012

Rant on Cinta's Quote

salam,

sebelum bermula, Cinta's Quote ini seperti 'jika kau jodoh ku........ love you till jannah' tidak termasuk cinta terhadap keluarga, tuhan dan agama. , juga aku maksudkan friendship quote seperti 'kawan yang baik adalah kawan yang tak kutuk kawan dibelakangnya'.

cinta. apa yang aku tahu tentang cinta? tidak banyak, kerana aku jarang bercinta. dan sebetulnya hanya sekali bercinta. pengalaman cinta aku mungkin tak seberapa tapi aku laluinya juga,

kawan. beribu kawan kita ada bukan, dicampurkan di dunia maya. macam macam kawan kita ada, ada yang suka ada yang mendukacitakan.

aku sebeberapa ketika agak mengjengkelkan bila terlihat seberan quote seperti ini. sepertinya kita ini tak hidup dalam realiti. maksudnya hadapi sahaja apa yang berlaku. ' a true friendship is a friend who doesn't killing their friend at their back' . dughhhh! seem that you regret being friend with them.

jika sebegitu, sebetulnya anda seharusnya tidak berkawan dengan semua orang. hakikatnya, even yang anda kata 'kawan sampai mati' pun akan menikam anda dari belakang, memang itu cara dunia berputar. so live it!

'ya tuhan, kau temulah aku dengan jodohku yang baik baik', blerghhhh. ya tiada salah untuk berharap dan berdoa. tapi janganlah terlalu terdesak sehingga sebegitu rupa. aku faham apa yang korang mahukkan. tapi jalani lah hidup dengan penuh cabaran.

Hentaman Dunia Maya

salam,

sebelum bermula, hentaman di sini bermaksud kutukan, kejian. Dunia Maya bermaksud facebook, twitter, blog, dan sewaktu dengannya.

manusia. tidak terlepas dari untuk membangkitkan kemarahan yang lain, juga tidak lepas untuk mempergunakan orang lain. setiap manusia memilikinya. mahupun aku. selagi manusia bernafas selagi itu kita cepat melatah, meratah, melenting mahupun meratapi.

kita perlu faham yang manusia hakikatnya sebegitu. meskipun terdapat perlbagai nasihat para yizlumik, kita tetap begitu. hanya sekadar menyebarkan. tindakan drastik para serbanistas menghentam pun kita sekadar memperdengarkan sahaja.

seperti juga para kutu rayau mereka memperlayankan tontonan 'ustaz youtube' tapi hanya mempergelak begitu sahaja. mereka hanya mahukan hiburan loghat kelantan yang begitu unik dan jarang dipertontoni.

kita sebagai manusia yang sedemikan mahupun berlainan perlu terima dengan hati yang terbuka. aktiviti menghentam itu biasa, kita perlu mempersediakan diri dengan kekentalan fizikal mahupun mentaliti kita perlu kuat.

aktiviti sosial lebih mudah diceburi oleh semua pihak. sekali terkena, berpanjangan hentam dari yang kita kenali mahupun orang asing yang tidak pernah kita mengenali mahupun didengari. seperti teori anggur.

dunia lebih urban, lebih futuristik. janganlah kerana sedemikian kita jadi lebih lemah, sebetulnya jangan kita jadi lebih lembik. gurauan kasar hanyalah sekadar gurauan. "gurau pun ada batasnya" frasa ini sudah menjadi sejarah. tidak namanya manusia jika dia tidak terkena hentaman. secara halus mahupun terangan. fakta bukan auta.