Monday, October 29, 2012

Hentaman Dunia Maya

salam,

sebelum bermula, hentaman di sini bermaksud kutukan, kejian. Dunia Maya bermaksud facebook, twitter, blog, dan sewaktu dengannya.

manusia. tidak terlepas dari untuk membangkitkan kemarahan yang lain, juga tidak lepas untuk mempergunakan orang lain. setiap manusia memilikinya. mahupun aku. selagi manusia bernafas selagi itu kita cepat melatah, meratah, melenting mahupun meratapi.

kita perlu faham yang manusia hakikatnya sebegitu. meskipun terdapat perlbagai nasihat para yizlumik, kita tetap begitu. hanya sekadar menyebarkan. tindakan drastik para serbanistas menghentam pun kita sekadar memperdengarkan sahaja.

seperti juga para kutu rayau mereka memperlayankan tontonan 'ustaz youtube' tapi hanya mempergelak begitu sahaja. mereka hanya mahukan hiburan loghat kelantan yang begitu unik dan jarang dipertontoni.

kita sebagai manusia yang sedemikan mahupun berlainan perlu terima dengan hati yang terbuka. aktiviti menghentam itu biasa, kita perlu mempersediakan diri dengan kekentalan fizikal mahupun mentaliti kita perlu kuat.

aktiviti sosial lebih mudah diceburi oleh semua pihak. sekali terkena, berpanjangan hentam dari yang kita kenali mahupun orang asing yang tidak pernah kita mengenali mahupun didengari. seperti teori anggur.

dunia lebih urban, lebih futuristik. janganlah kerana sedemikian kita jadi lebih lemah, sebetulnya jangan kita jadi lebih lembik. gurauan kasar hanyalah sekadar gurauan. "gurau pun ada batasnya" frasa ini sudah menjadi sejarah. tidak namanya manusia jika dia tidak terkena hentaman. secara halus mahupun terangan. fakta bukan auta.

No comments:

Post a Comment